KUALA LUMPUR: Penerbangan membawa jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsa telah dijadualkan semula dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.30 pagi esok.
Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan malam ini memaklumkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya untuk penghormatan terakhir di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni bermula 11 pagi hingga 1 tengah hari.
"Jenazah akan disembahyangkan selepas solat zohor di Dewan Solat Utama. Jenazah akan dibawa dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin sejurus selepas selesai solat jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.
"Pelawat yang akan memberikan penghormatan terakhir di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dinasihatkan untuk tiba di dewan mulai 11 pagi hingga 1 tengah hari sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya pada 1.30 tengah hari," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, jenazah dijadualkan tiba di KLIA pada 3 pagi Isnin sebelum dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Ali, 66, yang berkhidmat sebagai KSN ke-13 selama enam tahun dari 2012, meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 24 2022
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya untuk penghormatan terakhir di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni bermula 11 pagi hingga 1 tengah hari.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Kestabilan politik bawa kemajuan di Sarawak - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumi
Jenazah disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan diimamkan Imam Besar Nor Azamir Alias yang disertai lebih 500 jemaah.
PM Ismail Sabri beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa
Ahli Parlimen Bera itu turut meluangkan masa kira-kira 20 minit menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Jenazah Ali Hamsa dijangka tiba 6.30 pagi Isnin
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya.
Penghormatan terakhir bagi Ali Hamsa pada Isnin
Penghormatan terakhir diadakan di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dari 8 hingga 9.45 pagi.
Ali seorang mentor, pendengar yang baik - Mohammad
KSU K-KOMM, Mohammad Mentek rakam penghargaan di atas budi dan jasa Allahyarham Ali Hamsa kepada penjawat awam.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Ali Hamsa
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
Bekas KSN Ali Hamsa meninggal dunia
Allahyarham yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1958 memegang jawatan tersebut dari tahun 2012 hingga 2018.
Mesyuarat tidak akan berlaku jika tiada mesyuarat awal dengan Najib - Ali Hamsa
Sebelum ini, Ali memberi keterangan bahawa semasa mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan beliau, terdapat empat isu dipersetujui untuk dipadamkan daripada laporan.
Kes Laporan Audit 1MDB: Rakaman audio 2 jam 40 minit mesyuarat di Putrajaya didedah
Rakaman berkenaan antara lain dikaitkan dengan keputusan yang dibuat untuk menghapuskan empat isu daripada laporan audit 1MDB.
Ali Hamsa dakwa Najib tidak puas hati laporan audit 1MDB
Bekas Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa berkata perkara itu dimaklumkan oleh Najib ketika beliau (Ali) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri pada 22 Feb 2016.